Kenapa Emas Turut Naik, Walaupun USD Menguat?

2,852

Emas mencatatkan keuntungan walaupun di sisi lain, US dolar turut didagangkan lebih kukuh berbanding kebanyakan matawang utama pada sesi Asia.

Setelah mengakhiri dagangan bulan Jun dengan prestasi yang mengecewakan sejak November 2016 dan mencecah tahap terendah dua setengah bulan pada $1,750, logam berharga itu dilihat kembali meningkat ke sekitar harga $1,774 per auns.

Kebangkitan ini mungkin disokong oleh sentimen semasa dalam pasaran susulan penyebaran varian coronavirus Delta sehingga menyebabkan kadar jangkitan meningkat dengan cepat di beberapa negara, terutamanya Australia dan UK.

Kebimbangan ini membuatkan pelabur bergegas mendapatkan perlindungan daripada matawang dan aset safe-haven.

Usaha pembukaan semula ekonomi di UK mungkin terancam selepas negara itu melaporkan kes harian tertinggi sejak Januari pada hari Rabu, yang menunjukkan kenaikan sebanyak 26,068 kes jangkitan.

Walaupun meningkat, tetapi kenaikan yang dicatatkan emas turut terbantut berikutan jangkaan pengetatan dasar monetari AS mungkin dilakukan lebih cepat daripada dijangkakan.

Presiden Fed Dallas, Robert Kaplan mengatakan beliau mahukan pengurangan dalam pembelian aset (tapering) dilakukan lebih cepat sebelum akhir tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat