Kenapa EUR/JPY Melantun Semula Menuju Penghujung Minggu?

121

Menuju penghujung September, semakin rancak pergerakan pasaran mata wang melibatkan mata wang tumpuan termasuk US dolar, Yen, Euro, Pound dan lain-lain.

Antara yang menjadi tumpuan pada minggu lalu adalah kebangkitan semula Yen yang sebelum ini bergerak lemah dalam pasaran susulan tindakan campur tangan kerajaan Jepun secara terus dalam pasaran kewangan.

Berjaya menutup dagangan minggu lalu dengan cemerlang, namun dagangan pada minggu ini menyaksikan Yen kembali bergerak agak suram kembali.

Seperti yang dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/JPY, harga yang telah susut ke paras terendah 4 minggu dilihat melantun semula menuju penghujung minggu ini.

Selepas harga mencecah ke paras 137.500 di awal minggu, pergerakan harga mendatar di atas paras tersebut sebelum terdapat isyarat perubahan harga semula pada dagangan Rabu semalam.

Selain Yen yang mula bergerak suram semula, Euro juga mula disokong oleh kenyataan bernada hawkish oleh bank pusat Eropah dengan isyarat untuk beberapa lagi kenaikan kadar faedah bakal dilaksanakan untuk mesyuarat akan datang.

Jika diteliti pergerakan harga semalam, harga telah membuat kenaikan dari paras 138.00 sehingga 140.400 setelah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD sebagai isyarat awal perubahan trend.

Menyambung dagangan pada hari ini (Khamis), harga berlegar perlahan di zon 140.00, namun berkemungkinan kenaikan harga boleh diteruskan lagi selepas lonjakan yang dipaparkan sebelum ini.

Untuk jangkaan kenaikan seterusnya, zon 141.500 akan menjadi tumpuan sebelum kenaikan yang diteruskan bakal mensasarkan pula sehingga 144.00.

Namun, waspada jika harga kembali paparkan penurunan semula setelah gagal melepasi halangan pada zon 140.00.

Penurunan harga bakal menuju semula ke zon support 137.500 yang dicecah pada terjunan yang dipaparkan pada pembukaan pasaran minggu ini.

Lihat gambar carta harga EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat