Kenapa Kerajaan Perlu Lanjutkan Lesen Lynas?

343

Kerajaan Malaysia mempertahankan tindakannya melanjutkan lesen Lynas Corp adalah bertujuan untuk membuktikan kepada pelabur bahawa negara di Asia Tenggara mampu membuka peluang perniagaan dan menyediakan pekerjaan.

Penjelasan tersebut dikeluarkan di laman web Pejabat Perdana Menteri dengan menyatakan impak yang akan dialami jika lesen operasi Lynas dihentikan akan menyebabkan lebih daripada 600 pekerja tempatan akan kehilangan sumber pendapatan.

Kredibiliti Malaysia sebagai negara mesra perniagaan dari segi pelaburan jangka panjang juga akan terjejas. Selain itu, dengan pelanjutan ini Malaysia berpotensi untuk memecahkan monopoli China sebagai pengeksport utama pasaran nadir bumi.

Sebelum ini, berdasarkan janji-janji beberapa ahli politik ketika berkempen pada pilihan raya Mei 2018, operasi syarikat tersebut akan dihentikan berikutan tercetusnya kegelisahan di kalangan ahli politik dan aktivis terhadap kesan pengeluaran sisa radioaktif daripada proses menghasilkan gas nadir bumi akan membahayakan kesihatan penduduk dan alam sekitar.

Sementara itu, penjelasan daripada Pejabat Perdana Menteri juga menyatakan Lynas sudah memenuhi dan mematuhi semua keperluan perundangan ditetapkan oleh pihak berkuasa sebagai salah satu syarat untuk syarikat itu terus beroperasi.

Lynas Corp sebelum ini berdepan dengan isu perundangan dan beberapa pertikaian dengan kerajaan Malaysia berhubung pelupusan sisa radioaktif paras rendah yang dihasilkan oleh loji pemprosesannya di Malaysia.

Bagaimanapun, Mesyuarat Kabinet pada Ogos lalu telah membenarkan Lynas Corp untuk memperbaharui lesen operasi syarikat tersebut selama enam bulan dengan mengenakan syarat Lynas perlu mencari penyelesaian bagi pembinaan Kemudahan Pelupusan Kekal atau membawa keluar residu radioaktif dari Malaysia.

Terdahulu, Lynas Corp diberikan kelulusan pada Januari 2008 untuk mendirikan sebuah kilang di Pahang dan sejak beroperasi, syarikat tersebut telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dalam pelbagai bidang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat