Kenapa Mark Cuban Teruja Sangat Menjelang ‘Ethereum Merge’?

436

Billionaire Mark Cuban, pelabur Shark Tank dan pemilik Dallas Mavericks, menggelarkan dirinya sebagai salah satu penyokong tegar Ethereum (ETH).

Hal ini kerana, penggabungan ETH akan datang membolehkan pengurangan jejak karbon blockchain, menyusutkan bekalan ether dan berpotensi memberi kesan positif kepada keseluruhan ekosistem mata wang kripto.

Menurut Cuban di Fortune, beliau menjadi peminat gabungan ETH kerana merasakan isu penggunaan tenaga adalah penting serta memperlihatkan langkah proof of stake sebagai perkara yang positif.

Oleh itu, ETH akan mengalihkan mekanisme konsesus proof-of-work kepada proof-of-stake pada 15 September.

Secara konteks, proof-of-work adalah proses intensif tenaga yang bergantung kepada miners untuk menambah blok baharu dan mengesahkan transaksi, manakala proof-of-stake bergantung pada rangkaian pengesah.

Dengan kata lain, setelah penggabungan berlaku, mining pada ETH akan dihapuskan dan penggunaan tenaga dijangka turun sebanyak 99.9%.

Tegas Cuban juga, proof-of-stake memerlukan jangka masa yang panjang dan beliau tidak pasti bila ia akan meningkat, tetapi beliau tetap yakin dengan ETH.

Semasa membincangkan pertalian beliau bersama Ethereum, Cuban menyatakan beberapa kali bahawa aplikasi rangkaian dan kes penggunaan tersebut merupakan sebab di sebalik sokongannya.

Tambahnya lagi, beliau amat berminat dengan kontrak pintar iaitu koleksi kod yang melaksanakan satu set arahan pada blockchain. Malah, mewujudkan kewangan terdesentralisasi (DeFi) serta non-fungible token (NFT).

Secara tuntasnya, Cuban memiliki Ether serta mata wang kripto lain seperti Bitcoin dan Dogecoin, manakala protfolio beliau juga terdiri daripada NFT dan pelaburan dalam syarikat blockchain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat