Kenapa NFT CryptoPunks Mahal?

1,300

Mungkin ramai masih tak faham macam mana non-fungible tokens (NFT) CyptoPunks boleh dijual pada harga yang sangat tinggi.

Gambar macam ni bernilai jutaan dolar? Gila ke?

Tenang… Mari team INTRADAY jelaskan kenapa NFT CryptoPunks sangat mahal.

Penilaian 

  • Sama seperti seni fizikal, keindahannya bergantung pada mata yang melihat, di mana setiap seni juga mempunyai nilai berbeza kepada penggemar yang berlainan.
  • Mempunyai nilai hedonik yang menjelaskan keseronokan diperoleh seseorang daripada pemilikan seni mereka.

⦁ Usia

  • CryptoPunks adalah salah satu NFT tertua.
  • Metadata (maklumat seperti nama, sifat, dan alamat pencipta NFT) yang memperincikan jangka hayat pada blockchain Ethereum adalah faktor daya tarikan mereka.

⦁ Kuantitinya Terhad

  • Nilai NFT tertakluk kepada kuantitinya yang terhad, bergantung kepada pengasasnya.
  • CryptoPunks hanya ada 10,000 sahaja.
  • Semakin ‘rare’ sesuatu item, semakin tinggi nilainya.
  • Ciri yang ada pada setiap CryptoPunk adalah berbeza, menyebabkan orang ramai sanggup membayar harga yang tinggi untuk memilikinya.

⦁ Populariti

  • CryptoPunks sangat popular di kalangan komuniti NFT.
  • Apabila mendapat perhatian, mereka mencatatkan peningkatan dalam nilai yang sekali gus mendorong kepada permintaan dan menyebabkan timbulnya FOMO untuk memilikinya.

Begitulah serba sedikit penjelasan mengenai CryptoPunks yang pada masa kini ia dilihat sebagai simbol sosial digital kerana hanya segelintir orang yang memilikinya atau mampu membelinya. Akhirnya, apabila masa berlalu, nilainya akan terus meningkat selagi ada permintaan.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat