Kenapa Pasaran Gagal Beri Reaksi Terhadap Laporan Positif Vaksin?

616

Sentimen masih terperangkap antara kebimbangan mengenai penularan Covid-19 yang masih tidak dapat dibendung dan harapan vaksin, menyebabkan pasaran gagal memberi reaksi terhadap perkembangan terbaru vaksin.

Pfizer mengumumkan pada hari Rabu bahawa vaksin yang dibangunkan bersama BioNTech telah menunjukkan keberkesanan sebanyak 95% untuk mencegah Covid-19 dalam analisis terbaru mereka. Ini melebihi keberkesanan 94.5% yang dilaporkan oleh Moderna Inc pada hari Isnin.

Hal ini kerana, walaupun pelabur percaya bahawa syarikat farmaseutikal akan berjaya menghasilkan vaksin tetapi ia mungkin akan mengambil masa lebih lama untuk diedarkan secara meluas sebelum akhir tahun ini.

Sementara menantikan pengagihan vaksin yang akan memakan masa beberapa bulan, pandemik coronavirus akan menjadi semakin buruk di seluruh dunia sekiranya gagal dibendung.

Situasi ini dapat dilihat di beberapa negara baru yang mula menyaksikan kebangkitan semula kes coronavirus iaitu Australia Selatan, Korea Selatan dan Japan yang menetapkan tahap amaran virus ke tahap tertinggi setelah mencatatkan rekod baru kes pada hari Rabu.

Dolar greenback sedikit meningkat pada awal sesi Asia berbanding sekumpulan matawang utama setelah didagangkan lemah di paras terendah satu minggu, walaupun pasaran saham merosot berikutan data ekonomi yang bercampur-campur menunjukkan kelemahan pemulihan AS.

Matawang pound pula kembali susut setelah terdapat laporan mengenai persediaan Kesatuan Eropah (EU) untuk no-deal Brexit. Namun, harapan bahawa perjanjian dagang Brexit dapat dicapai secepatnya minggu depan masih menyokong matawang itu dari jatuh lebih rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat