Kenapa Pelabur Perlu ‘Hodl’ Chainlink? Ini Jawapannya!

574

“Siapa yang ada beli LINK angkat tangan.”

Mata wang kripto Chainlink (LINK) nampaknya menggunung 13.57% sepanjang minggu lepas untuk menembusi $8.40, tetapi kejayaan tersebut tidak membawa makna bahawa harganya sudah mencapai puncak.

Ini dilihat berdasarkan tindakan pemegang LINK dan aktiviti perdagangan, di mana pengedaran bekalan aset digital dari pelabur runcit dan whales bergerak mendatar sejak 10 Jun 2023 sedangkan sebelum itu baki address adalah merosot.

Bagaimanapun, baki address yang memegang kosong sehingga 1 juta LINK telah meningkatkan jumlah pegangannya secara ketara, oleh itu harganya mampu naik lebih tinggi susulan pengumpulan tersebut memainkan peranan penting untuk momentum positif.

Suka dimaklumkan address aktif yang menyusut semasa harga LINK meningkat tetapi pada masa sama kadar pengumpulannya naik adalah antara petunjuk jelas untuk pertumbuhan rangkaian aset digital tersebut.

Sementara aktiviti pembangunan LINK didapati semakin mencanak dan ia menandakan bahawa harganya berpotensi mengukuh tetapi perlu diketahui kenaikan tersebut juga boleh tercetus disebabkan kemas kini cross-chain.

Secara konteks, LINK yang membangunkan Cross-Chain Interoperability Protocol (CCIP) adalah bertujuan untuk mewujudkan komunikasi yang lancar antara rangkaian dan menawarkan akses kepada projek kewangan tradisional.

Selain itu, bilangan penyumbang aktiviti pembangun turut meningkat sejak minggu pertama bulan Julai, jadi di sini dapat dilihat pembangun komited untuk menambah baik rangkaian LINK melalui GitHub.

Setakat penulisan ini, harga LINk melonjak sebanyak 15.84% pada paras $8.13 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $4 bilion seterusnya raih 12.60% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat