Kenapa Penganalisis Syorkan Beli Saham Syarikat Ini?

2,308

Hong Leong Investment Bank (HLIB) meningkatkan penarafannya untuk Leong Hup International Bhd (LHI) kepada ‘beli’ berbanding ‘pegang’ sebelum ini susulan peningkatan prospek pendapatan jangka pendek dan penilaian yang lebih bersesuain berikutan pembetulan (retracement) harga sahamnya baru-baru ini.

Menurut HLIB, saham LHI telah menurun sebanyak lebih 20% sejak enam bulan lalu.

Firma penyelidikan itu bagaimanapun mengekalkan harga sasaran sebanyak 76 sen untuk LHI.

Dalam notanya hari ini, penganalisis HLIB, Chye Wen Fei berkata, pihaknya menjadi lebih positif mengenai prospek pendapatan jangka pendek LHI susulan peningkatan harga ternakan di Malaysia dan Indonesia baru-baru ini.

Situasi itu turut menyebabkan galakan prestasi terhadap segmen hilirannya seperti The Baker’s Cottage (TBC).

Menurut Wen Fei, LHI telah berjaya mencapai sasarannya untuk membuka 80 cawangan TBC menjelang akhir tahun lalu dan berada pada landasan untuk membuka kira-kira 150 buah cawangan menjelang akhir 2021.

“Kami memahami strategi pemasaran ini telah meningkatkan jualan produk roti LHI, yang mempunyai margin lebih tinggi berbanding produk ternakannya dan seterusnya membantu menstabilkan pendapatan operasi syarikat itu Malaysia dalam jangka masa panjang,” ujar Wen Fei.

Ketika artikel ini ditulis, saham LHI turun sebanyak setengah sen atau 0.73% kepada 68 sen, sekaligus menyebabkan nilai modal pasaran syarikat itu pada RM2.5 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat