‘Kenapa Tinggi Sangat?’ – Jutawan Mike Novogratz Intai Cardano (ADA)

1,323

Pelabur jutawan dan peminat Bitcoin (BTC), Mike Novogratz tertarik dengan Cardano (ADA) selepas matawang itu berjaya melepasi $1 pada 20 Februari lalu dengan lonjakan 500% pada tahun ini.

Dalam tweet yang dimuatnaik semalam, Novogratz menanyakan kepada 200,000 pengikutnya jika ada diantara mereka tahu penggunaan kes bagi lonjakan ADA dan menyoal mengapa nilai pasaran semasa ADA agak tinggi ketika ini.

Tweetnya itu kemudiannya dibalas oleh pengasas Cardano, Charles Hoskinson.

Novogratz merupakan pengasas bank aset digital, Galaxy Digital yang menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk pengurusan aset serta penasihat perkhidmatan perniagaan, perdagangan dan pelaburan dalam firma.

Pada awal tahun ini, figura tersebut meramalkan Securities and Exchange Commission (SEC) akan meluluskan Bitcoin ETF dalam setahun.

Seperti yang direkod pada carta, harga ADA meningkat tinggi dengan lonjakan 500% pada tahun ini daripada $0.18 bermula awal 2021 kepada paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $1.48 pada 27 Februari.

Bagaimanapun ketika penulisan, ADA didagangkan pada $1.15 dengan lonjakan 0.69% dalam 24 jam.

Antara faktor yang mendorong lonjakan ADA termasuklah:
⦁ Naiktaraf protokol Mary yang dijangka akan berlaku pada minggu ini
⦁ Potensi untuk berintegrasi dengan beberapa industri utama pada masa akan datang
⦁ FD7 Ventures telah menjual Bitcoin (BTC) bernilai $750 juta untuk membeli Cardano dan Polkadot pada bulan lepas
⦁ Gene Simmons dari kumpulan rock, Kiss telah membuat pelaburan bernilai $300,000 dalam Cardano selepas membeli beberapa matawang kripto lain termasuk BTC, ETH dan DOGE.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat