Kenapa Trader GBP Nampak Risau Je?

506

Dagangan matawang utama kekal didagangkan tinggi ketika pasaran memasuki sesi Eropah berikutan kemerosotan US dolar selepas Presiden AS Donald Trump menandatangani pakej rangsangan coronavirus pada hari ini.

Trump akhirnya menandatangani pakej rangsangan bernilai $2.3 trilion yang merangkumi dana untuk kerajaan dan bantuan coronavirus kepada rakyat Amerika dan perniagaan yang terjejas akibat pandemik coronavirus.

Hal ini telah menyokong dagangan euro untuk meningkat lebih tinggi susulan penyusutan US dolar, selain turut disokong oleh berita baik bahawa proses imunisasi coronavirus di Eropah telah dimulakan pada hari Ahad.

Selain itu, matawang pound kekal mengukuh di sekitar paras ketinggian 2 setengah tahun, tetapi mempamerkan pergerakan yang agak terbatas susulan kebimbangan pasaran terhadap peningkatan berterusan kes coronavirus di UK.

Pada hari Ahad, sebanyak 30,501 kes telah dicatatkan di UK. Turut menambah kebimbangan adalah apabila hospital di beberapa kawasan di negara itu memberi amaran bahawa mereka semakin terbeban.

Pada minggu lalu, UK dan Kesatuan Eropah (EU) berjaya mencapai kesepakatan dalam rundingan perjanjian perdagangan pasca Brexit. Pasaran kini menantikan Parlimen UK dan EU untuk meluluskan perjanjian tersebut.

Dolar Aussie dan New Zealand turut memanfaatkan peluang daripada sentimen positif dalam pasaran dengan meningkat lebih tinggi, menghampiri paras ketinggian terbaru 2 setengah tahun yang dicapai 2 minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat