Kenapa USD Jatuh Walaupun Data Inflasi AS Kuat?

650

Tanpa dijangka, dolar greenback jatuh ke paras terendah tiga minggu selepas data menunjukkan inflasi mencatat kenaikan yang lebih kuat daripada dijangkakan pada bulan Mac.

Indeks harga pengguna yang menjadi pengukur kepada kadar inflasi, mencatat kenaikan terbesar sejak Ogos 2012, dengan lonjakan 0.6% bulan lalu setelah meningkat 0.4% pada Februari. Inflasi teras (tidak termasuk komponen makanan dan tenaga) pula meningkat 0.3%.

Spekulasi bahawa inflasi yang lebih kuat akan mendorong Federal Reserve (Fed) untuk mengurangkan pelonggaran kuantitatif dan kadar faedah lebih awal, telah menjadi pendorong utama kepada kenaikan dolar pada suku pertama.

Bagaimanapun, setelah menyaksikan data terbaru, US dolar nampaknya gagal membuat kenaikan lebih tinggi dan sebaliknya merosot ke paras terendah tiga minggu berbanding kebanyakan matawang utama.

Ini didorong oleh penurunan dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang pada mulanya sedikit lebih tinggi pada awal perdagangan sesi New York, sebelum kembali bergerak turun ke bawah. Lelongan bon 30 tahun yang berjalan semalam menunjukkan permintaan yang tinggi, menyebabkan hasil bon susut.

Pada sesi Asia, penanda aras hasil bon 10 tahun didagangkan menyusut di sekitar paras 1.616%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat