Kenapa USD Susut Walaupun Data Pembuatan AS Positif?

673

Pelabur dilihat mula mengambil langkah berhati-hati dengan mengurangkan pegangan terhadap US dolar yang melihatkan matawang gergasi itu susut dari paras tertinggi mingguan yang dicapainya pada Jumaat lalu.

Malah, bacaan data pembuatan Amerika Syarikat yang positif juga gagal merangsang kenaikan matawang itu lebih tinggi.

Aktiviti pembuatan di AS meningkat melebihi jangkaan pada bulan Oktober dengan kenaikan 60.8 daripada 60.4 yang dijangkakan, tetapi sedikit turun dari bacaan yang dicatatkan bulan sebelumnya sebanyak 61.1. Walaupun positif, tetapi angka ini menunjukkan pertumbuhan dalam sektor pembuatan telah mula melemah.

Matawang itu sebelum ini telah meraih pengukuhan dari lonjakan semula hasil bon AS 10 tahun dengan sokongan kuat daripada bacaan data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) yang tinggi.

Ini menyebabkan beberapa bank pelaburan seperti Goldman Sachs untuk meningkatkan jangkaan mereka terhadap kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) seawal Julai 2022, berbanding suku ketiga 2023 sebelumnya.

Pada sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding kebanyakan matawang utama didagangkan sedikit berubah pada 93.95.

Walaupun susut, tetapi potensi kenaikan harganya dilihat masih kukuh. Kewaspadaan pelabur yang optimis telah mendorong ekuiti global lebih tinggi dan memihak kepada peningkatan sederhana dalam hasil bon kerajaan.

Sentimen positif dalam pasaran membantu pemulihan matawang sensitif risiko, dolar Aussie untuk didagangkan di sekitar harga 0.7500 berbanding US dolar menjelang mesyuarat polisi Bank Pusat Australia (RBA) pada jam 11 pagi ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat