Kenyataan China Membuatkan Pasaran Semakin Hilang Harapan Terhadap Hasil Perbincangan Perdagangan AS-China!

327

Tumpuan para pelabur pada hari ini tertumpu pada isu perbincangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China. Perkembangan terkini antara kedua-dua buah negara besar telah mengusarkan para pelabur dan membuatkan mereka semakin khuatir bahawa resolusi  yang lebih besar dapat dicapai.

Pada awal dagangan hari Selasa, China telah bertindak balas terhadap keputusan Amerika Syarikat yang membuat keputusan untuk menyenaraihitamkan beberapa syarikat China berteknologi tinggi.

Syarikat penyiaran negara China, CCTV mengatakan bahawa ia akan berhenti menayangkan siaran permainan Bola Keranjang Kebangsaan selepas Pesuruhjaya NBA, Adam Silver telah menyatakan sokongan kepada pengurus besar Houston Rockets Daryl Morey yang memuat naik tweet yang menyokong tunjuk perasaan pro-demokrasi di Hong Kong.

Berdasarkan tweet yang dimuatnaik oleh People’s Daily, ” Siaran sukan CCTV, China Media Group telah mengantung penyaiaran permainan NBA dan menyuarakan bantahan keras ke atas tindakan Pesuruhjaya NBA, Adam Silver”.

Walaupun isu ini tidak berkaitan secara langsung, tindakan China ini susulan beberapa jam pentadbiran Amerika Syarikat membuat keputusan melarang syarikat-syarikat A.S daripada berurusan dengan 28 syarikat teknologi China berikutan keterbabitan mereka dengan isu hak asasi manusia di wilayah Xinjiang barat China.

Pegawai-pegawai atasan Amerika Syarikat akan menyambut delegasi daripada China pada 10 Oktober ini bagi membincangkan hubungan perdagangan di antara kedua-dua buah negara.

Menurut jurucakap Rumah Putih, Stephanie Grisham antara topik yang akan dibincangkan ialah tentang perpindahan teknologi, hak harta intelek, perkhidmatan, dan pertanian

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat