Kenyataan Diplomat AS Ini Membawa Bukti Baru Ke Atas Siasatan Donald Trump

748

Diplomat Amerika Syarikat (AS) di Ukraine, William Taylor memberi keterangan pada hari Selasa bahawa beliau telah diberitahu Presiden Donald Trump menahan bantuan tentera ke negara itu untuk memberi tekanan kepada Ukraine untuk menyiasat Joe Biden.

Taylor berkata beliau diberitahu bahawa ‘semua’ yang dikehendaki oleh Ukraine, dari pertemuan antara Trump dan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky sehingga ke ratusan juta dalam bantuan keselamatan adalah bergantung kepada tindakan Ukraine untuk melancarkan siasatan ke atas pesaing politik Trump iaitu Joe Biden dan anaknya Hunter Biden.

Dengan kenyataan Taylor kepada tiga jawatankuasa Dewan Rakyat yang diketuai Demokrat yang memimpin siasatan, ia telah membawa perkembangan penting dalam drama politik yang berlaku di Washington dan mengancam kedudukan Trump menjelang pilihan raya.

Kenyataan tersebut bagaimanapun, adalah bertentangan dengan kenyataan oleh Trump bahawa tidak ada quid pro quo dalam bantuan keselamatan kepada Ukraine, iaitu yang bermaksud balasan terhadap sesuatu yang diberikan.

Ia adalah berkaitan dengan $391 juta dalam bantuan keselamatan yang diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat untuk membantu memerangi pemisah yang disokong Rusia di timur Ukraine tetapi ditahan oleh Trump.

Sementara itu, Trump dan sekutunya tetap berkeras menyatakan bahawa presiden itu tidak bersalah dan mendakwa siasatan itu tidak adil dan tidak beretika.

Terdahulu, transkrip panggilan yang dibuat oleh Trump kepada Presiden Ukraine pada 25 Julai menunjukkan beliau menggesa Zelensky untuk menyiasat tuduhan rasuah terhadap Biden termasuk syarikat Burisma Holdings yang menjadikan Hunter sebagai ahli lembaga pengarah, telah menunjukkan Trump menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan politiknya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat