Kenyataan Dovish Fed Jejaskan Pergerakan USD, Matawang Berisiko Meningkat

440

Kenyataan dovish Federal Reserve (Fed) dan bacaan data pertumbuhan ekonomi AS yang suram telah mendorong kepada penyusutan bagi matawang US dolar berbanding sekumpulan matawang utama pada Khamis.

Dalam satu kenyataan susulan mesyuarat FOMC, Fed berjanji akan terus mengambil pendekatan yang agresif bagi melindungi ekonomi yang dilanda wabak pandemik coronavirus dan akan mengekalkan kadar faedah pada tahap semasa sehingga ia yakin ekonomi kembali pulih untuk mencapai sasaran pekerjaan penuh dan inflasi.

Sementara itu, data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS merekodkan kejatuhan ketara dengan penguncupan -4.8% pada suku pertama 2020 daripada pertumbuhan 2.1% yang dicatatkan pada suku sebelumnya, dan tersasar dari jangkaan untuk menguncup 4.0%.

Ini merupakan penguncupan pertama sejak suku pertama 2014 yang menguncup sebanyak 1.1% dan juga merupakan bacaan terendah sejak penguncupan 8.4% yang direkodkan sejak krisis kewangan pada suku keempat 2008.

Selain itu, permintaan terhadap US dolar sebagai safe-haven juga berkurang berikutan perkembangan positif di negara-negara lain yang menunjukkan penurunan kes, telah meningkatkan selera pelabur terhadap matawang berisiko.

Euro didagangkan stabil menjelang mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada malam ini, di mana pembuat dasar dijangka akan meningkatkan lagi pembelian termasuk bon berisiko serta mengambil langkah lain untuk meredakan pasaran.

Di sisi lain, dolar Aussie kembali diniagakan menyusut susulan bacaan data PMI ekonomi China yang tersasar daripada jangkaan pasaran, selepas didagangkan di paras ketinggian tujuh minggu berbanding US dolar pada sesi sebelumnya.

Dolar kiwi juga diniagakan meningkat ke paras tertinggi enam minggu berbanding US dolar disokong oleh pembukaan semula ekonomi New Zealand, sebelum kembali menyusut berikutan data ekonomi China yang kurang memberangsangkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat