Kenyataan Navarro Ditarik Balik, Sentimen Risiko Alami Perubahan Dramatik

781

Pasaran menyaksikan perubahan dramatik dalam sentimen risiko setelah penasihat perdagangan White House, Peter Navarro menarik balik kenyataannya bahawa perjanjian dagang AS-China sudah berakhir, ketika bercakap dalam wawancara dengan Wall Street Journal (WSJ) sebentar tadi.

Navarro menjelaskan kepada WSJ bahawa beliau berusaha untuk memberi pandangan yang lebih luas mengenai ‘kepercayaan’ ketika membuat pernyataan mengenai perjanjian dagang tersebut.

“Saya hanya berbicara tentang kurangnya kepercayaan Amerika Syarikat terhadap Parti Komunis China setelah mereka berbohong mengenai asal-usul dan cara mengendalikan krisis coronavirus,” jelas Navarro.

Dolar Aussie kembali melonjak setelah menjunam 70 pips berbanding US dolar apabila Navarro menarik balik kenyataan beliau, manakala dagangan USD pula kembali mempamerkan penyusutan berbanding matawang utama.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan kepada Axios, Penasihat Ekonomi Amerika Syarikat, Larry Kudlow mengesahkan bahawa perjanjian perdagangan antara dua negara itu masih belum berakhir.

Kudlow memberitahu bahawa AS masih berhubungan baik dengan China mengenai perjanjian perdagangan fasa 1 yang ditandatangani Januari lalu dan menurut perunding perdagangan, Robert Lighthizer, perjanjian itu berjalan lancar.

Dalam pada itu, Presiden Donald Trump juga telah membuat kenyataan sama dalam satu ciapan di laman twitter beliau yang menyatakan “Kesepakatan Perdagangan China sepenuhnya utuh. Semoga mereka terus mematuhi syarat Perjanjian!”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat