Kenyataan Optimis Gabenor Adrian Orr Kembali Kukuhkan Dagangan Kiwi

199

Dagangan dolar New Zealand kembali melonjak pada sesi pasaran Asia hari ini setelah Gabenor bank pusat, Adrian Orr menyampaikan mesej yang positif dalam kenyataan beliau sebentar tadi.

Beliau menyatakan New Zealand kini berada dalam keadaan terbaik untuk merebut peluang serta berdepan cabaran dalam kadar faedah global yang rendah.

Gabenor Orr turut menyatakan terdapat dorongan fiskal yang kukuh melalui perbelanjaan awam serta pelaburan.

Untuk pandangan semasa, bank pusat melihat adalah tidak perlu untuk tindakan polisi monetari yang tidak konvesional.

Beliau yang melihat kebanyakkan bank pusat utama sedang bergelut berdepan cabaran inflasi yang masih berada di bawah sasaran, berasa yakin untuk kadar faedah kekal berada di paras rendah untuk beberapa tahun selain menyediakan peluang untuk lebih banyak pelaburan.

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pada mesyuarat polisi monetari September semalam telah mengekalkan kadar faedah di paras 1.00%, paras terendah yang direkodkan selepas penurunan sehingga 50 mata asas pada mesyuarat sebelumnya.

Susulan keputusan mesyuarat bank pusat dikeluarkan, dagangan Kiwi mencatatkan kenaikan harga sebelum pergerakan harga kembali perlahan sehingga sesi berikutnya.

Namun, kenyataan optimis Gabenor Adrian Orr pada sesi Asia pagi ini kembali meningkatkan semula dagangan dolar New Zealand itu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat