Kenyataan Terbaru Mnuchin Membuatkan Pemain Pasaran Semakin Hilang Harapan!

542

Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin tampil memberi kenyataan mengenai kesepakatan rangsangan fiskal. Dalam kenyataan pada hari Selasa, Mnuchin telah mengkritik pegawai atasan parti Demokrat kerana enggan untuk berdiskusi dan merapatkan jurang konflik yang ada,”

Laporan yang dikeluarkan telah berjaya meningkatkan harapan pasaran bahawa Senat Republikan telah menegaskan bahawa pihak mereka akan mengumumkan bantuan Covid-19 yang bernilai $ 1 triliun sebagai usaha untuk menjana kembali ekonomi. Walaubagaimanapun, Mnuchin gagal untuk memberi kenyataan yang menyakinkan berkenaan rundingan dengan Demokrat.

Kata Mncuhin, walaupun beberapa ahli seperti Pelosi dan Schumer yang enggan memberi kerjasama untuk mencapai kata putus namun pentadbiran Republikan akan tetap menyalurkan bantuan kepada mereka yang menganggur.

Rundingan tersebut setakat ini masih belum mencapai kata putus dan dijangka hanya akan diteruskan perbincangan seawal minggu pertama bulan hadapan.

Disisi lain, parti Demokrat berhasrat untuk menawarkan pakej bantuan bernilai $3 triliun. Jumlah ini dibantah oleh pihak Republikan kerana data-data terkini adalah lebih positif dan dana bantuan yang lebih kecil adalah lebih sesuai dan selari dengan matlamat fiskal.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat