Kenyataan Terkini BNM Tentang Keadaan Pasaran Kewangan Malaysia

369

Hari ini 25 November 2016, Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan kenyataan tentang keadaan terkini pasaran kewangan di Malaysia.

Bank Negara Malaysia (BNM) mahu institusi kewangan dalam negara (onshore) memeatuhi peraturan semasa untuk mengelakkan Ringgit di luar negara (offshore) dalam pasaran NDF sejajar dengan Ringgit dalam negara yang ditadbir dengan polisi BNM. Hal ini untuk melindungi sektor yang berkepentingan dan pelabur-pelabur dalam pasaran kewangan Malaysia daripada turun-naik (volatility) nilai Ringgit.

Menurut Bank Negara, nila Ringgit yang turun-naik (volatile) adalah disebabkan aktiviti dagangan di pasaran NDF luar negara yang tidak bersangkut-paut dengan asas ekonomi, aktiviti perdagangan dan pelaburan di Malaysia.

Untuk pengetahuan pembaca NDF ialah non-deliverable forwards. Dagangan di NDF biasanya dilakukan di luar negara (off-shore) bermaksud di luar pasaran negara itu. Hal ini boleh menjadi illegal, tetapi undang-undang ini tidak boleh digunapakai di luar pasaran negara tuan rumah itu.

Menurut BNM, pasaran kewangan Malaysia menerima pematuhan yang telah ditetapkan oleh BNM. Kecairan kewangan akan terus menyokong fungsi pasaran kewangan Malaysia yang menjadi keperluan kepada pemain-pemain pasaran.

Dalam tempoh 14-18 November, Pasaran Forex dan Bon Malaysia menerima transaksi berjumlah RM39.7 billion dan USD49.1 billion. Berbanding dengan jumlah pada minggu sebelum itu yang berjumlah RM17.8 billion dan USD31.6 billion.

Pemain pasaran dari luar negara seperti, korporat, pengurus aset dan dana global dan bank-bank kustodian (custodian) terus  menjalankan aktiviti transaksi mereka dalam pasaran kewangan Malaysia. Transaksi-transaksi ini dibantu oleh 58 institusi kewangan dalam negara yang juga termasuk 19 bank luar negara iaitu subsidiari daripada bank besar bertaraf global.

Ada juga beberapa bank luar negara yang telah berbincang dengan BNM berkaitan transaksi kewangan mereka untuk memastikan segala transaksi berjalan dengan lancar tanpa gangguan pasaran.

Akhir sekali pihak BNM mengatakan, dengan berpandukan kepada ucapan Gabenor BNM di makan malam ‘Financial Markets Association’ pada 18 November lepas, Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) menerima sebarang cadangan bagi inisiatif dan strategi untuk mengukuhkan lagi kecairan dalam pasaran. Di samping itu, inisiatif ini juga bagi memastikan fleksibiliti untuk pemain pasaran berhadapan dengan risiko tukaran matawang.

Pihak FMC berbesar hati untuk menimbang segala inisiatif yang diutarakan dan sentiasa menyokong dan membantu industri kewangan dalam implementasi yang effisen dan berkesan.

Sumber: Bank Negara Malaysia

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat