Kenyataan Trump Tentang Isu Huawei Kali Ini Pasti Tidak Digemari China

286

Perkembangan rundingan antara Amerika Syarikat dan China masih tetap menjadi tumpuan para pelabur dan laporan terbaru memaparkan isyarat yang positif untuk hala tuju rundingan selepas ini.

Kementerian Kewangan China menyatakan bahawa ketua rundingan dari kedua-dua pihak telah berbual melalui panggilan telefon dan bersetuju untuk mengadakan pertemuan pada awal Oktober di Washington bagi rundingan dagang yang terbaru.

Susulan kenyataan dari Kementerian Kewangan China tersebut, pejabat wakil rundingan Lighthizer dari Amerika Syarikat telah mengesahkan pada Khamis bahawa Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin dan Timbalan Presiden China Liu He telah berhubung melalui panggilan telefon untuk perbincangan tentang rundingan.

Beliau juga menambah, perjumpaan rundingan akan berlangsung pada pertengahan September sebagai asas perkembangan rundingan yang selanjutnya.

Namun dalam pada berita positif tersebut yang mengurangkan kegelisahan para pelabur, terpalit isu yang berkaitan yang berpotensi menggugat sentimen rundingan.

Presiden AS Donald Trump mengeluarkan kenyataan berkenaan syarikat teknologi gergasi China, Huawei Technologies di mana isu penyenaraihitaman Huawei tidak akan dibincangkan dalam rundingan dagang bersama China.

Dalam komen beliau, Trump mengatakan isu tersebut melibatkan keselamatan negara dan Huawei menjadi satu kebimbangan terbesar buat ketenteraan mereka. Justeru, Amerika Syarikat tidak akan meneruskan urusniaga bersama Huawei lagi.

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat