Keputusan Bank Pusat Kanada Buatkan Pasaran Kurang Optimis – Ini Sebabnya!

395

Bank of Canada mengumumkan pengekalan kadar faedah utamanya tidak berubah pada 0.25%.

Kadar faedah semalaman tersebut dikekalkan pada tahap terendah sejak penularan pandemik Covid-19 dan dalam masa yang sama bank pusat memberi penekanan bahawa kadar faedah tidak akan dinaikkan sehinggalah ekonomi pulih dan kadar pembelian bon dikekalkan.

Pakar ekonomi menjangkakan bahawa kadar faedah akan mula dinaikkan pada pertengahan 2022. Walaubagaimanapun kadar inflasi tahunan mencapai 3.7% pada bulan Julai telah mengundang kritik dalam kalangan para pakar yang dijangka dapat pengaruhi strategi bank pusat.

Peningkatan inflasi ini disebabkan sebahagian besarnya oleh indeks kos penggantian rumah yang meningkat 13.8% dari tahun ke tahun. Kadar lonjakan ini merupakan yang terbesar sejak tahun 1987 berdasarkan laporan Stat Can.

Dalam kemaskini polisi pada hari ini, bank pusat menyatakan bahawa inflasi CPI tetap di atas 3% seperti yang dijangka didorong oleh harga petrol dan kekurangan bekalan. Dalam masa yang sama memberi penekanan bahawa ia didorong oleh faktor sementara.

Harus diketahui selain dari faktor inflasi yang menjadi kritikan segelintir pihak. Sebilangan besar rakyat Kanada percaya kadar faedah yang rendah memberi impak terhadap kenaikan harga rumah. Justeru ramai yang kurang berpuas hati kurangnya perubahan dalam kadar faedah.

Bank of Canada akan membuat pengumuman kadar faedah berikutnya pada 27 Oktober bersamaan dengan penerbitan Laporan Dasar Monetari suku tahunannya. Matawang US dolar catat pengukuhan sebanyak 0.70% berbanding dolar Kanada susulan laporan kadar faedah dikeluarkan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat