Keputusan Mesyuarat BOE Bakal ‘Kocak’ GBP/USD Sebentar Lagi!

2,018

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Trader Pound pasti semakin berhati-hati menjangkakan pasaran bakal ‘berkocak’ pada sesi Eropah sebentar lagi.

Debaran semakin terasa menjelang keputusan mesyuarat polisi bank pusat England untuk edisi Ogos pada jam 7 petang waktu tempatan.

Bank of England (BOE) dijangka untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah, namun ucapan susulan oleh Gabenor Andrew Bailey akan menjadi tumpuan pelabur bagi mendapatkan petunjuk berkenaan langkah pengetatan dasar.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga bergerak mendatar sejak awal minggu di sekitar paras 1.39000 sementara pelabur berwaspada terhadap dagangan Pound.

Kenaikan harga dipamerkan pada sesi Eropah semalam namun sekadar menjengah paras 1.39500 sebelum harga susut semula di bawah paras 1.39000 susulan pengukuhan US dolar pada sesi New York yang menekan harga.

Penurunan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga membuat pelabur turut waspada untuk isyarat bearish, namun keputusan mesyuarat BOE bakal jadi penentu arah pergerakan selanjutnya.

Sekiranya keputusan mesyuarat memihak kepada pengukuhan Pound, harga bakal melonjak di atas paras 1.39000 dan menuju ke zon rintangan 1.40000.

Meneruskan trend bullish sebelum ini, kenaikan harga yang melepasi 1.40000 seterusnya akan menuju pula ke paras ketinggian sekitar 1.41000 untuk mencatatkan paras tertinggi terbaru 6 minggu.

Namun jika Pound mengalami susut nilai yang ketara selepas keputusan mesyuarat tersebut, pelabur bakal menyaksikan harga menjunam menguji zon RBS (resistance become support) pada 1.38000.

Penurunan lebih rendah diteruskan bakal kembali semula ke paras tumpuan sebelum ini pada 1.37000 dan zon support 1.36000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat