Keputusan Polisi BOC Gagal Penuhi Jangkaan Pasaran

147

Dolar Kanada susut lebih rendah selepas menyaksikan keputusan mesyuarat polisi Bank Pusat Kanada (BOC) yang tidak seperti diharapkan oleh pasaran.

Pada mesyuarat polisi sesi Jun, BOC memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 0.25% dan juga meneruskan program pembelian bon kerajaan dengan nilai C$3 bilion setiap minggu.

Setelah pengurangan (tapering) yang dilakukan oleh bank pusat pada bulan April, pasaran mengharapkan bahawa BOC akan terus mengambil langkah sedemikian untuk bulan ini.

Bagaimanapun, keputusan terbaru bank pusat tidak menepati jangkaan pasaran, dan ini sekali gus mendorong dolar Kanada susut berbanding US dolar.

Selain penetapan dasar, bank pusat juga mengatakan bahawa ekonomi negara akan pulih dengan lebih kuat disokong oleh program vaksinasi Covid-19 yang semakin meningkat, dan ini disusuli oleh lebih banyak sekatan coronavirus diangkat semula.

Kanada mengambil langkah berhati-hati dalam membuka semula sekatan sempadannya untuk pelancong yang telah divaksinasi sepenuhnya bermula awal bulan Julai.

Selain itu, dagangan dolar Kanada turut dibataskan oleh penyusutan semula harga minyak mentah selepas menyentuh paras ketinggian tahunan terbaru pada sesi sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat