Keputusan RBA : Kadar Faedah Dikekalkan Tidak Berubah Pada 0.75%

435

Dolar Australia menjadi tumpuan pada hari ini apabila keputusan Reserve Bank of Australia (RBA) memutuskan untuk menetapkan kadar faedahnya tidak berubah di paras terendah 0.75% pada mesyuarat dasar monetari Disember.

Dagangan dolar Aussie meningkat ke paras tertinggi dua minggu berbanding USD susulan daripada keputusan oleh RBA yang menepati jangkaan pasaran.

Bagi mendapatkan petunjuk kepada penetapan polisi yang akan datang, kenyataan daripada bank pusat Australia turut menjadi perhatian pelabur.

Susulan daripada penetapan tersebut, Gabenor RBA Philip Lowe memberitahu unjuran terhadap ekonomi global kekal wajar. Walaupun risiko masih menunjukkan kecenderungan kepada penurunan, tetapi beberapa risiko ini telah berkurang baru-baru ini.

Selain itu, RBA juga menjangkakan kadar inflasi akan meningkat hampir kepada paras sasaran 2% pada tahun 2020 dan 2021 secara beransur-ansur.

Sementara itu, pengurangan kadar faedah pada tahun ini dikatakan telah menyokong pertumbuhan pekerjaan dan pendapatan di Australia serta peningkatan beransur-ansur dalam pertumbuhan upah akan menjadi satu perkembangan yang baik buat negara itu.

Kadar faedah yang lebih rendah juga telah mengurangkan tekanan ke atas kadar pertukaran di mana ia menyokong aktiviti dalam pelbagai industri dan meningkatkan harga aset yang akan membawa kepada peningkatan perbelanjaan.

Berdasarkan kesan kadar yang rendah dan kesulitan dalam perubahan dasar monetari semasa, ahli jawatankuasa mesyuarat bank pusat membuat keputusan untuk mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat kali ini sementara akan terus memantau perkembangan pasaran buruh.

Beliau menegaskan bahawa adalah wajar untuk mengharapkan kadar faedah yang rendah akan kekal dalam tempoh yang panjang disebabkan faktor global dan domestik.

Lowe juga memberitahu bahawa mereka tetap bersedia untuk pelonggaran lebih lanjut jika diperlukan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan, pekerjaan penuh dan mencapai sasaran inflasi dari masa ke masa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat