Keputusan Syarikat Ini Punca Kejatuhan Pasaran Wall Street Pagi Tadi

611

‘Kalau prospek syarikat teknologi suram, ditambah pula ramalan perbelanjaan yang susut maka tak hairan pelabur jual saham.’

Keputusan syarikat pembekal cip Micron Technology Inc untuk mengurangkan output dan memotong perbelanjaan kapital menyebabkan saham syarikat menyusut, sekali gus menarik jatuh indeks-indeks Wall Street.

Difahamkan bahawa syarikat terpaksa mengambil keputusan untuk mengurangkan perbelanjaan sehingga ke pengeluaran bagi menampung lebihan cip tatkala berlaku penurunan permintaan.

Setakat ini Micron merupakan syarikat pembuat cip pertama yang menggariskan isu penurunan permintaan bagi produk komputer peribadi dan peranti pintar pada awal tahun ini akibat tekanan inflasi tinggi.

Ternyata ia telah merencatkan pertumbuhan yang dirancang kebanyakan syarikat pembuat cip dan barangan elektronik yang bersiap sedia menghadapi gelombang permintaan selepas sekatan Covid-19 ditamatkan.

Namun, kebanyakan daripada mereka kini terpaksa menanggung kerugian lebihan produk sehingga memberi kesan kepada pasaran akhir industri elektronik apabila indeks Philadelphia SE Semiconductor menyusut 31% tahun ini.

Berbalik kepada keputusan mengejut Micron, syarikat menjelaskan bahawa mereka terpaksa mengambil pendekatan tersebut bagi menstabilkan inventori.

Dalam pada itu, penganalisis  Wedbush Securities iaitu Matt Bryson dalam notanya berkata pemotongan bekalan serta belanjawan merupakan petanda baik namun potensi permintaan jangka panjang boleh membebankan sektor teknologi.

Lantaran itu, Bryson menasihatkan Micron mungkin perlu menimbang persepsi bahawa pembekal komponen menimbulkan keadaan buruk kepada mereka dan menjejaskan saham syarikat.

Selain itu, Chuck Carlson dari Horizon Investment Services mengatakan keputusan Micron menyebabkan pelabur bimbang dan mengambil keuntungan jangka pendek.

Setakat penulisan ini saham Micron diniagakan rendah 6.7% pada $58.87 dengan permodalan pasaran sebanyak $64 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat