Kerajaan China Mula Paksa Evergrande Jual Pegangan Untuk Bayar Hutang!

6,742

‘Dah mula kena paksa-paksa, mesti banyak lagi aset yang bakal dijual lepas ini.’

Kepentingan yang dipegang syarikat China Evergrande Group dalam Shengjing Bank Co terpaksa dijual dalam usaha kerajaan Tembok Besar melindungi sistem kewangannya.

Penjualan pegangan tersebut didedahkan oleh satu sumber yang tidak mahu dikenali dengan mengatakan pelaburan Evergrande dalam bank tersebut telah tamat bagi memberi ruang penulasan hutang.

Dijelaskan bahawa sebuah entiti milik kerajaan akan membeli baki 14.57% pegangan Evergrande dalam Shengjing Bank pada 7.3 bilion Yuan atau RM4.72 bilion sebagai penyelesaian hutang syarikat kepada institusi kewangan tersebut.

Untuk makluman, Evergrande memiliki sebanyak 36% pegangan dalam  Shengjing Bank dengan nilai sebanyak $2.8 bilion.

Sungguhpun begitu, penjualan tersebut dikatakan tidak memberi kesan kepada pemegang bon atau pembeli projek perumahan yang tertangguh.

Sebagai rekod, Evergrande pernah menjual hampir 20% pegangan dalam Shengjing Bank sebagai sebahagian penstrukturan semula hutangnya pada September tahun lepas.

Setakat ini pihak Evergrande mahupun Shengjing Bank atau Suruhanjaya Pengawasan dan Pentadbiran Aset milik Kerajaan Negeri Shenyang mengulas lajut mengenai penjualan tersebut.

Namun apa yang diketahui adalah tindakan tersebut dibuat bagi memastikan sistem kewangan China, yang terjejas daripada hutang Evergrande, kekal utuh.

Krisis hutang Evergrande, sehingga mencetus default, telah menyebabkan kehilangan keyakinan dalam kalangan berjuta-juta pemilik rumah dengan kekeringan kecairan pada sektor hartanah menyebabkan penangguhan pembinaan dan boikot.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat