Kerajaan Truss Sengaja Mahu Lemahkan BOE – Mark Carney

183

Belanjawan ‘mini’ Perdana Menteri Liz Truss terus berdepan kecaman di mana yang terbaharu hadir daripada bekas gabenor Bank of England (BOE), Mark Carney.

Mark Carney, yang merupakan ketua bank pusat sebelum Andrew Bailey, menuduh kerajaan Liz Truss melemahkan institusi ekonomi utama UK dan sengaja bergerak bertentangan dengan BOE.

Komen itu hadir selepas bank pusat itu terpaksa campur tangan untuk meredakan kekacauan pasaran yang disebabkan kerajaan Truss dengan program pembelian bon kecemasan.

Pemotongan cukai menyeluruh yang diumumkan Menteri Kewangan Kwasi Kwarteng minggu lalu telah mencetuskan panik pelabur terhadap masa depan ekonomi UK berikutan inflasi akan meningkat lebih tinggi.

Ia telah menyebabkan kejatuhan mendadak dalam nilai pound dan mendorong kos pinjaman kerajaan lebih tinggi.

Berbalik kepada Carney, beliau mengatakan langkah yang diambil kerajaan Truss di tengah-tengah ekonomi global yang sukar telah membawa pergerakan dramatik dalam pasaran kewangan.

Campur tangan besar-besaran BOE pada hari Rabu telah mencetuskan perbandingan dengan Black Wednesday 1992, apabila UK dikeluarkan daripada mekanisme kadar pertukaran Eropah kerana gagal mengekalkan kadar pertukarannya melebihi had yang lebih rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat