Kerajaan UK Tampil Beri Respon Penularan Omicron , $1.3 Bilion Akan Disalurkan!

330

UK pada hari ini mengumumkan bahawa kerajaan akan memberi sokongan tambahan sebanyak 1 bilion pound ($1.3 bilion) kepada sektor perniagaan yan paling terkesan dengan penularan varian Omicron Covid-19 dimana ia telah menjejaskan sektor hospitaliti dan perniagaan lain di negara itu.

Menteri Kewangan Rishi Sunak berkata beliau yakin langkah itu akan membantu ratusan ribu perniagaan. Beliau memberi penekanan bahawa langkah tersebut akan dilaksanakan secara berkala dan kerajaan akan bertindak sewajarnya jika sekatan lanjut dikenakan bagi mengekang penularan varian Omicron.

Di bawah sokongan yang diumumkan pada hari Selasa, firma hospitaliti dan riadah di England akan layak mendapat geran sehingga 6,000 paun untuk setiap premis mereka. Secara keseluruhan 700 juta paun telah diperuntukan dalam pakej rangsangan terbaru itu.

Pemberian itu setara dengan yang diberikan kepada perniagaan perhotelan apabila ia ditutup sepenuhnya awal tahun ini, kata kementerian kewangan.

Selain itu, peruntukan dana untuk menyokong organisasi kebudayaan akan dinaikkan sebanyak 30 juta paun, manakala 100 juta paun akan diberikan kepada pihak berkuasa tempatan UK untuk langkah sokongan perniagaan dan 150 juta paun kepada kerajaan di Scotland, Wales dan Ireland Utara.

Kementerian itu juga berkata ia akan menampung gaji cuti sakit yang terkait dengan Covid-19 sehingga dua minggu lamanya bagi setiap pekerja.

UK telah meminjam 300 bilion pound pada tahun lalu untuk membantu mengimbangi kesan ekonomi daripada penularan Covid-19 dan sekatan dari kerajaan.

Ditanya mengenai kemungkinan lebih banyak sekatan ekonomi, Sunak memberi ulasan bahawa keadaan tersebut masih belum tentu namun kerajaan akan mengambil langkah yang sewajarnya. Pada hari Isnin semalam, Perdana Menteri Boris Johnson mengatakan beliau sedang meneliti semua jenis langkah untuk memastikan varian Omicron terkawal.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat