Kerajaan Umumkan Tol Percuma Sempena Deepavali

452

Baru-baru ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan pelaksanaan tol percuma bermula 12 tengah malam ini hingga 12 November, 11.59 malam setelah hasil mesyuarat bersama syarikat konsesi.

Sebanyak 11.8 juta kenderaan bakal menikmati manfaat tersebut selama dua hari bagi memudahkan perjalanan dalam menyambut perayaan Deepavali.

Ulasnya lagi, pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kenderaan di semua plaza tol kecuali di plaza tol sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

Beliau juga menasihatkan pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan dengan sebaiknya dan mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan (TTA) yang disyorkan.

Alexander menyarankan kepada pengguna lebuh raya untuk menyemak status trafik dan sebarang insiden kerana ia akan dikemaskini di media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) secara berkala.

Kementerian Kerja Raya (KKR) turut mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua yang menyambut perayaan itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat