Kerajaan Yakin Harga Broadband Internet Semakin Murah Menjelang Tahun 2019 – SKMM

746
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan kenyataan pada Rabu yang mengatakan kerajaan di landasan tepat untuk mengurangkan harga dan meningkat kelajuan jalur lebar talian tetap (broadband) menjelang tahun 2019.

 

Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah menguatkuasakan penurunan harga jalur lebar mengikut Standard Mandatori bagi penetapan harga akses (MSAP) pada Jun lepas.

 

Walaupun tarikh akhir cadangan harga jalur lebar telah diarahkan oleh kementerian untuk dihantar pada 31 Julai, tetapi ia telah dilanjutkan sebanyak dua kali kepada 31 Ogos dan sehingga 30 September atas rayuan oleh syarikat telko.

 

SKMM mengatakan syarikat telko seperti Telekom Malaysia (TM), Maxis, Celcom dan Time telah bersetuju dengan inisiatif dan akan mengurangkan harga jalur lebar talian tetap.

 

Ia adalah sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia mendapat akses kepada internet berkelajuan tinggi.

 

Sebelum ini, umum mengetahui beberapa syarikat telko juga telah mengumumkan kadar baru internet mereka dengan kelajuan lebih tinggi tetapi pada harga yang lebih rendah. Antaranya adalah TIME dan Telekom Malaysia.
Berikut adalah kenyataan rasmi pihak SKMM.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat