Kerana $55.8 Bilion, Kedudukan Elon Musk Kini Dihujung Tanduk

1,873

Penasihat pemegang saham menggesa para pelabur Tesla untuk cabut undi menggugurkan Elon Musk, pengasas perniagaan kereta elektrik daripada lembaga syarikat susulan ketidakpuasan hati terhadap bayaran $55.8 bilion yang diterima beliau.

Bayaran itu dikatakan berkait rapat dengan satu perjanjian yang membawa keuntungan kepada Musk dan ahli lembaga lain selama tiga tahun berturut-turut dengan pakej pampasan menggunakan perbelanjaan syarikat.

Justeru, undian tersebut dilakukan kerana timbulnya ketidakadilan di dalam syarikat tersebut. Malah, tindakan itu juga sebenarnya memberi risiko kepada reputasi syarikat dan pemegang sahamnya.

Musk juga sering dikaitkan sebagai individu yang kerap memuat naik ciapan kontroversi di Twitter hingga menyebabkan perbelanjaan mencecah berjuta-juta dolar.

Pada tahun lepas misalnya, Musk dikenakan saman malu bernilai $190 juta kerana ciapan berbaur hinaan terhadap individu yang menyelamatkan 13 orang di gua Thailand, Vernon Unsworth.

Bukan itu sahaja, pada 2018 Tesla dan Musk dikenakan denda $40 juta oleh US Securities and Exchange (SEC) susulan daripada dakwaan beliau untuk menukarkan syarikat itu kepada swasta pada harga premium hingga harga saham melonjak. Musk dilaporkan terpaksa meletak jawatan.

Musk juga tidak mengendahkan keperluan perintah berkurung Covid-19, memaksa pekerjanya untuk kembali bekerja sepanjang tempoh kuarantin. Beberapa pekerjanya telah disahkan dijangkiti wabak itu sejak mereka kembali beroperasi.

Dijangka pada September akan berlaku pemilihan semula untuk mencari peganti kepada Musk. Robyn Denholm dilihat mempunyai potensi tinggi untuk memegang jawatan terdahulu Musk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat