Kerana Coronavirus, Apple Akan Tangguh Pelancaran iPhone 12!

367

Seperti yang diketahui, syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat, Apple Inc akan mengadakan pelancaran model terbaharu Iphone pada setiap tahun iaitu dalam bulan September. Malangya, pelancaran bagi model Iphone 12 pada tahun ini didakwa akan ditunda dalam tempoh 2 bulan akibat daripada penularan wabak COVID-19.

Selain itu, sekatan perjalanan dan perintah berkurung yang dikuatkuasakan di kebanyakan negara dikatakan telah memberi impak terhadap proses ujikaji pengesahan dan kejuruteraan jenama tersebut. Oleh yang demikian, segala proses yang terlibat telah mengalami kelewatan.

Namun begitu, situasi tersebut telah dijangka kerana penularan wabak C0VID-19 di seluruh dunia bagaikan sudah tidak terkawal. Di samping itu, berdasarkan sebuah analisis, pembinaan rangkaian 5G di Amerika Syarikat yang terpaksa ditangguh juga menjadi salah satu faktor yang menjejaskan pelancaran jenama terkemuka dunia tersebut.

Tambahan daripada itu, syarikat berkenaan turut menyatakan kebimbangan mereka terhadap prestasi jualan jenama itu yang dilaporkan merosot berikutan dengan ekonomi dunia yang berhadapan dengan krisis akibat wabak pandemik yang melanda.

Untuk pengetahuan semua, model terbaharu Iphone 12 ini dilengkapi dengan sistem sokongan kepada rangkaian 5G, lensa kamera yang lebih canggih serta memiliki reka bentuk terbaharu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat