Kes Covid-19 Global Melonjak Naik Dengan Ketara! Ini Reaksi Pasaran Dalam Menanggapi Perkara Ini!

520

Sejak akhir-akhir ini kita mula melihat lonjakan kes jangkitan wabak Covid-10 terutamanya di Amerika Syarikat, kemudian lonjakan kes juga mula dilihat di Brazil dan Jerman. Sebagaimana menurut pakar kesihatan global, penularan wabak Covid telah meningkat dengan ketara. Bagaimana pasaran menanggapi hal ini?

Pada hari Ahad kes Covid telah mencatat peningkatan sehari terbesar di peringkat global berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) susulan laporan data dikeluarkan menunjukkan kini lebih daripada 183,000 kes baru dilaporkan.

Brazil mencatat hampir 55,000 jangkitan baru, peningkatan jumlah kes terbesar dilaporkan kemudian diikuti oleh A.S dengan 36,000 kes baru dilaporkan pada hari Ahad. Sementara itu, India menyaksikan lebih daripada 15,000 jangkitan baru sebagaimana menurut WHO.

Sebahagian berpendapat bahawa peningkatan jumlah kes Covid-19 berkemungkinan adalah disebabkan peningkatan jumlah pengujian yang lebih meluas. Walaupun begitu, Di AS lebih daripada 30,000 kes Covid-19 baru dilaporkan pada hari Jumaat dan Sabtu, dengan jangkitan meningkat di negeri-negeri di Selatan dan Barat.

Kini tinggal persoalan, bagaimana pemain pasaran bertindak balas terhadap isu ini? Kebanyakkan penganalisis berpendapat bahawa pasaran global tidak terlalu terkesan oleh peningkatan Covid-19. Pasaran niaga hadapan saham A.S meningkat pada awal pagi Isnin berikutan prestasi mingguan yang kukuh di Wall Street, sementara di Asia, saham dibuka bercampur pada hari Isnin. Pasaran Eropah dibuka lebih rendah tetapi mengatasi kerugian awal untuk berdagang 0.2% lebih tinggi.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Universiti Johns Hopkins, jumlah kes yang disahkan global sejak awal penularan pandemik ini telah hampir 9 juta kes positif dan jumlah kematian hampir setengah juta, dengan 468,331 kematian dilaporkan.


 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat