Kesan Kawalan Pergerakan, Sektor Pembuatan Malaysia Menjunam Ke Tahap Terendah

297

Aktiviti perkilangan di beberapa negara Asia menjunam ke paras terendah pada bulan April, sekali gus membuktikan penguncupan yang lebih mendalam dalam sektor pembuatan dunia disebabkan pandemik coronavirus.

Data PMI pembuatan tinjauan IHS Markit di seluruh Asia Tenggara telah menunjukkan penguncupan ketara ke paras terendah sejak siri tinjauan ini bermula, sementara Taiwan, Jepun dan Korea Selatan pula jatuh ke tahap terendah sejak 2009.

Sektor pembuatan di Malaysia telah menerima tekanan yang besar berikutan daripada perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan dalam usaha untuk membendung penularan coronavirus sehingga menyebabkan hampir semua aktiviti ekonomi terhenti.

Data PMI pembuatan IHS Malaysia bagi bulan April telah menjunam ke tahap terendah pada 31.3 daripada 48.4 yang pernah dicatatkan pada bulan lalu. Ini merupakan penguncupan bulan keempat berturut-turut dalam sektor tersebut.

Langkah-langkah sekatan di dalam dan luar negara telah memberi kesan yang besar terhadap permintaan, sementara pengeluaran mencatatkan kemerosotan paling ketara pada kadar yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Menurut IHS Markit, penghantaran pembekal juga terganggu disebabkan perintah kawalan pergerakan, sehingga menyekat kemampuan syarikat untuk mendapatkan bahan-bahan yang penting bagi pengeluaran.

Pesanan baru turut menurun dengan ketara, di mana data terbaru menunjukkan penurunan dalam permintaan eksport pada April, dengan kira-kira 83% syarikat melaporkan pesanan yang lebih rendah dari luar negara.

Walaupun China telah mula membuka semula kilang-kilang dan meningkatkan perbelanjaan infrastruktur untuk menyokong ekonomi domestik, namun ia masih tidak cukup untuk menampung kemusnahan yang dialami di beberapa negara lain di Asia.

Data PMI China yang diterbitkan minggu lalu menunjukkan data PMI tinjauan IHS Markit pembuatan merosot kepada 50.8 daripada bacaan 52 bulan sebelumnya. Sementara tinjauan Caixin yang lebih tertumpu pada syarikat berorientasikan eksport yang lebih kecil pula, kembali menguncup kepada 49.4 daripada 50.1.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat