Kesan Kenaikan Kadar Turut Dirasai Pasaran Tempatan

240

Bursa Malaysia mengundurkan pembukaan positif dengan sentimen berhati-hati menguasai pelabur selepas kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS).

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 1.39 mata pada 1,481.78 sebelum turun 6.81 mata pada 1,476.36 berbanding penutupan Rabu pada 1,483.17.

Di pasaran meluas, kerugian pada 153 atasi keuntungan pada 143, manakala 223 kaunter pula tidak berubah, 1,754 tidak didagangkan dan 41 digantung.

Jumlah perolehan pada 137.53 juta unit bernilai RM57.63 juta.

Ulas Rakuten Trade Sdn Bhd, Wall Street ditutup pada wilayah negatif selepas pelabur mengambil kira kenyataan susulan Federal Reserve (Fed) berkenaan prospek kenaikan kadar.

Rentetan itu, bursa tempatan berdagang dengan sentimen berhati-hati dan indeks KLCI dijangka berlegar dalam julat antara 1,475-1490.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank, Public Bank Bhd  dan CIMB Group Holdings turun 4 sen pada RM8.73, RM4.40 dan RM5.79, Petronas Chemicals Group Bhd jatuh 3 sen pada RM8.47 dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) kurang 7 sen pada RM9.27.

Saham aktif memperlihatkan NWP Holdings Bhd tambah 0.5 sen pada 21 sen, Nylex (Malaysia) Bhd capai 5 sen pada 26.5 sen dan Lay Hong Bhd lonjak 1 sen pada 28 sen sementara Jade Marvel Group Bhd hilang 1 sen pada 35 sen dan Iris Corp Bhd turun 0.5 sen pada 13.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas kuncup 37.21 mata pada 10,615.50, indeks FBMT 100 susut 39.90 mata pada 10,316.72, indeks FBM Emas Shariah turun 34.59 mata pada pada 10,748.32, indeks FBM 70 susut 19.40 mata pada 13,011.13 dan indeks FBM ACE junam 18.56 mata pada 5,492.43.

Segi sektor,  indeks Perkhidmatan Kewangan turun 52.52 mata pada 16,617.05indeks Perladangan hilang 14.59 mata pada 6,726.30, indeks Produk serta Perkhidmatan susut 0.12 mata pada 181.26 sementara indeks Tenaga lonjak 3.37 mata pada 798.73.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat