Kesan NFP, EUR/USD Lanjut Penurunan Di Awal Minggu Ini

184

Pergerakan pasaran pada pembukaan awal minggu semalam diperhatikan sedikit perlahan selepas kerancakan yang diharungi pelabur pada penutup dagangan minggu lalu.

Laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan di sesi New York Jumaat lalu telah mendorong pengukuhan ketara mata wang US dolar yang kembali pulih selepas pada mulanya melemah ekoran kesan keputusan mesyuarat FOMC.

Mengejutkan pasaran apabila angka pertambahan pekerjaan di AS untuk Januari melonjak sehingga 517,000 mengatasi bulan sebelumnya pada 260,000 dan jauh mengatasi jangkaan penurunan kepada 193,000.

Malah, kadar pengangguran yang diramalkan meningkat kepada 3.6% dari paras 3.5% bulan sebelumnya, telah catatkan penurunan kepada 3.4%.

Ketegangan antara Washington dan Beijing yang mendorong sentimen berisiko pasaran turut dilihat menyokong US dolar untuk meningkat sebagai mata wang safe-haven.

Justeru, dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD menyambung corak penurunan pada pembukaan pasaran awal minggu ini.

Pada Jumaat lalu, penurunan harian dicatatkan sekitar 150 pips ke paras 1.08000 dan menutup dagangan di sekitar tersebut.

Pada Isnin semalam, penurunan diteruskan lagi menuju ke paras sokongan pada 1.07000 sebelum sedikit mendatar bersambung ke sesi Asia pagi ini (Selasa).

Dengan pergerakan harga yang berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD mencadangkan trend kekal bearish dan harga berkemungkinan akan susut lebih rendah.

Penurunan jika melepasi paras 1.07000 bakal menuju pula ke sekitar 1.06000 dan boleh mencecah sehingga ke zon support 1.05000 sekiranya US dolar kekal kukuh.

Sebaliknya, untuk situasi kenaikan semula harga jika berlaku, harga akan menguji paras rintangan terhampir pada 1.08000 dahulu sebelum memberikan petunjuk perubahan trend.

Melepasi paras tersebut akan mendorong harga menuju kembali zon 1.09000 dan mencapai ketinggian minggu lalu pada 1.10000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat