Kesan Reaksi CPI, EUR/USD Tepati Ramalan Capai Zon $1.0900

124

US dolar melanjutkan penyusutan pada dagangan sesi New York semalam malah lebih ketara melemah selepas reaksi laporan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.

Meneliti bacaan indeks harga pengguna (CPI), angka tepati ramalan untuk menurun kepada 3.4% pada April berbanding 3.5% sebelumnya.

Data jualan runcit AS yang diterbitkan bersama juga hadir dengan bacaan yang suram.

Situasi ini menguatkan jangkaan untuk langkah pemotongan kadar faedah dilaksanakan oleh Federal Reserve (Fed), berkemungkinan seawal September.

Dengan penyusutan ketara US dolar, pelabur telah menyaksikan lonjakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD selepas data diterbitkan semalam.

Sebelum ini harga telah berjaya membuat kenaikan melepasi rintangan pada zon 1.08000, dan dengan kenaikan diteruskan, harga telah berjaya mencapai zon tumpuan berikutnya sekitar 1.09000 pada sesi Asia pagi ini (Khamis).

Trend kekal bullish dengan pergerakan harga yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD, menjangkakan kenaikan lebih tinggi lagi diteruskan hari ini.

Selepas zon 1.09000 dilepasi selepas ini, kenaikan harga seterusnya dijangkakan untuk mencapai ketinggian pada 1.10000 pula.

Namun, tidak mustahil untuk kejutan berlaku ketika dagangan menuju ke penghujung minggu dengan risiko perubahan arah harga.

Sekiranya harga kembali berundur turun dari zon 1.09000 yang sedang diuji, harga boleh dijangka menghampiri semula ke zon tumpuan sebelum ini iaitu pada 1.08000.

Penurunan lebih rendah dari itu akan menjadi isyarat jelas perubahan trend bearish semula buat harga.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat