Kesatuan Eropah Beri Isyarat Positif Terhadap Isu Brexit!

389

Kesatuan Eropah keluarkan kenyataan yang lebih optimis tentang prospek kesepakatan Brexit pada hari Selasa selepas U.K menghantar cadangan yang telah dinilai semula.

Kedua-dua belah pihak telah bekerja keras 2 hari ini bagi mencapai kesimpulan tentang perjanjian Brexit sebelum sidang kemuncak pada minggu ini. Perunding Britain dilaporkan akan membawa pelan cadangan mereka ke Brussels hari ini yang bertujuan untuk menangani isu kastam dan sempadan Ireland dalam usaha mencapai perjanjian Brexit.

Menurut kenyataan Ketua perunding Brexit EU Michel Barnier bahawa kemungkinan untuk mendapatkan perjanjian Brexit pada minggu ini adalah tidak mustahil.

Jika persetujuan dapat dicapai, Perdana Menteri Boris Johnson akan dibenarkan untuk membentangkan pelan beliau di hadapan Parlimen UK pada hari Sabtu dan secara tak langsung dapat mengelak daripada penangguhan selepas 31 Oktober.

Sebagaimana menurut Menteri Luar Negeri Irish, Simon Coveney bahawa hari ini adalah hari yang penting, jika terdapat persetujuan dalam perjumaan minggu ini ia menandakan satu permulaan besar.

Susulan daripada laporan yang dikeluarkan, matawang pound mengukuh keparas tertinggi 3 bulan berbanding US dolar dengan mencatat pengukuhan sebanyak 0.5% kepada paras bacaan $1.2663.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat