Kesatuan Eropah Bersedia Untuk Mengalah Dalam Rundingan Perdagangan Bersama UK?

434

Pada hari ini, beberapa diplomat dan pegawai mengeluarkan padangan mereka bahawa Kesatuan Eropah berkemungkinan akan berlembut dalam hal tuntutan rundingan perdagangan. Hal ini adalah kerana EU juga sedang mencuba untuk mengatasi kesan penularan wabak Covid-19.

Berdasarkan sumber daripada EU, pihak EU kini sedang cuba untuk berkompromi dengan UK setelah UK mengambil keputusan untuk keluar daripada EU pada Januari.

Setakat ini, rundingan perdagangan tidak menunjukkan kemajuan yang ketara. UK mahukan perjanjian tanpa tarif, isu kota dan beberapa perkara lain. Disisi lain EU pula menginginkan pakatan yang lebih erat yang meliputi keselamtan, iklim dan pengangkutan.

Bantuan negara EU yang diumumkan itu menumpukan permasalahan yang penting iaitu persaingan yang adil. Walaubagaimanapun, UK memilih untuk menolak terikat dengan peraturan bantuan negara EU kerana matlamat Brexit adalah tidak terikat dengan peraturan EU.

Bantuan bernilai 2.2 trillion euro kepada negara-negara EU yang dipersetujui adalah sebagai ikhtirar syarikat-syarikat yang terkesan dengan wabak Covid-19 dapat bangkit kembali dan menjana ekonomi.

Pakar ekonomi, Gabriel Felbermayr berpendapat bahawa pada ketika ini masih sukar untuk membincangkan sesuatu seperti bantuan negara dengan UK sementara terdapat pelbagai perubahan di EU yang berlaku pada ketika ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat