Kesatuan Eropah Catat Bacaan GDP Terburuk! Ini Keputusan Yang Bakal Diambil ECB!

887

Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari Khamis menyatakan bahawa ECB mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah namun menyatakan kesediaan untuk meningkatkan program rangsangan Covid-19 jika diperlukan. Hal ini kerana Zon Eropah sedang berhadapan kemelesetan krisis ekonomi yang buruk.

Bank pusat juga mengumumkan bahawa ia telah mengurangkan syarat pinjaman untuk bank. Pengumuman ini dikeluarkan pada hari yang sama dengan pengumuman data yang menunjukkan bahawa ekonomi Kesatuan Eropah mencatat penguncupan ekonomi sebanyak 3.8% pada suku pertama. Angka ini merupakan bacaan terendah sejak tahun 1995 berikutan terkesan dengan impak pandemik Covid-19 ke atas ekonomi.

Presiden ECB Christine Lagarde dalam sidang media hari Khamis menyatakan kawasan zon Eropah berhadapan dengan penguncupan ekonomi yang besar, dimana hal ini belum pernah terjadi sebelum ini dalam waktu yang damai. Tambah beliau, ECB menjangkakan pengurangan KDNK antara 5% dan 12% pada tahun ini.

ECB telah mengumumkan pakej rangsangan besar untuk mengurangkan beberapa kejutan ekonomi. Pada bulan Mac, ECB telah mengumumkan pakej rangsangan yang berjumlah $ 813 bilion yang dikenali sebagai Pandemic Emergency Purchase Programme (PEPP).

Data yang dikeluarkan awal bulan telah memberi indikasi bahawa jika bank pusat terus membeli bon pemerintah pada kadar semasa maka program rangsangan ini akan mencapai batasnya pada bulan Oktober.

Lagarde mengulas bahawa Pihak Pentadbiran bersedia untuk meningkatkan jumlah PEPP dan akan menyesuaikan komposisinya bergantung kepada keadaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat