Kesatuan Eropah Pertimbangkan Penangguhan Brexit – Boris Johnson Tetap Dengan Pendirian Beliau!

250

Pemimpin Kesatuan Eropah sedang mempertimbangkan untuk memberi 3 bulan penangguhan kepada UK dan dalam masa yang sama Perdana Menteri Boris Johnson juga mengeluarkan kenyataan jika EU berhasrat memberi penangguhan maka beliau akan umumkan pilihan raya.

Perkembangan terkini menunjukkan UK semakin hampir untuk menyelesaikan Brexit yang telah berlangsung selam 3 1/2 tahun dengan Boris Johnson telah bersetuju dengan EU melalui perjanjian minggu lalu. Walaubagaimanapun masih terdapat cabaran dan ketidakpastian selepas parlimen menolak jadual 3 hari yang diutarakan oleh kerajaan.

Presiden Majlis Eropah Donald Tusk menyarankan kepada para pemimpin EU untuk melanjutkan tempoh untuk Brexit. Beliau berkata demikian beberapa jam setelah para Anggota Parlimen Britain menolak percubaan Perdana Menteri Boris Johnson untuk meluluskan perjanjian pengunduran UK di parlimen minggu ini.

Para pegawai Eropah mengatakan senario yang paling mungkin terjadi ialah blok EU akan memberikan penangguhan selam tiga bulan dan dalam masa yang membenarkan UK untuk berundur daripada EU lebih cepat jika undang-undang membenarkan. Disis lain terdapat kemungkinan bahawa negara EU, terutamanya Perancis menuntut tempoh masa penangguhan yang lebih pendek daripada 3 bulan.

Kerajaan UK berpendapat bahawa jadual yang ketat adalah perlu bagi memenuhi tarikh akhir iaitu minggu hadapan namun ia dibantah oleh para penggubal undang-undang kerana mereka memerlukan lebih banyak masa untuk menilai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat