Kesatuan Eropah Sepatutnya Menerajui Peraturan Teknologi, Bukan China-Mark Zuckerberg

428

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg telah menggesa Kesatuan Eropah (EU) untuk mengetuai proses penetapan standard global berkaitan undang-undang teknologi sebelum negara lain mula menjadikan China sebagai contoh mereka. Beliau turut mendedahkan bahawa kebanyakan negara kini mula mengikut jejak langkah China dalam kemajuan teknologi mereka.

Tambahnya lagi, teknologi yang diaplikasikan oleh negara kuasa besar itu tidak menghormati hak asasi manusia dan ianya amat berbahaya jika diikuti oleh negara-negara lain.

Sehubungan itu, Mark Zuckererg melontarkan pandangannya agar negara-negara demokratik Barat khususnya Eropah perlu mempunyai kerangka undang-undang yang lebih telus serta terpakai di seluruh dunia.

Terkini, Suruhanjaya Eropah sedang giat menggubal Undang-Undang Perkhidmatan Digital, bahagian utama undang-undang EU yang bertujuan untuk mengekang kekuatan teknologi besar Amerika Syarikat.

Undang-undang ini akan merangkumi semua aspek dunia digital, termasuk menghalang unsur kebencian, melindungi data pengguna dan mencegah syarikat besar menyalahgunakan kedudukan pasaran dominan mereka.

Walau bagaimanapun, undang-undang ini didakwa mendapat tentangan daripada syarikat-syarikat Silicon Valley. Jika ianya tidak disemak semula, undang-undang ini mampu untuk mendorong perniagaan Facebook, Google, Amazon atau Apple untuk berpecah, mendedahkan data sulit kepada saingan mereka serta hanya berfungsi seperti utiliti air atau elektrik dan tidak mampu untuk mengaut keuntungan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat