Kesatuan Eropah & UK Akan Mementerai Perjanjian Perdagangan Dalam Tempoh 48 Jam?

376

Para diplomat Kesatuan Eropah mengeluarkan kenyataan pada hari ini bahawa pihak mereka berharap perjanjian perdagangan Brexit dengan Britain dapai mencapai kesepakatan pada hari Jumaat ini atau pada hujung minggu. Di samping itu, para perunding akan meneliti kembali kemajuan yang dicapai dalam dua hari ini.

Salah seorang menteri Britain menyatakan bahawa terdapat kemajuan yang baik dalam rundingan yang sedang berlangsung namun UK memberi ingatan bahawa pihak mereka tidak akan menandatangani perjanjian yang tidak memberi manfaat kepada mereka.

Britain akan meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) secara penuh pada 31 Disember yang menandakan peralihan keanggotaan tidak rasmi akan berakhir. Kedua-dua belah pihak berusaha untuk mendapatkan perdagangan tahunan yang berjumlah hampir $1 trillion.

Tiga diplomat EU mengatakan bahawa mereka berharap para perunding Michel Barnier yang mewakili EU dan David Frost yang mewakili UK dapat mementerai perjanjian dengan segera pada hari Jumaat atau pada hujung minggu. Dalam tempoh 24-48 jam ini akan menjadi detik yang sangat penting buat perjanjian Brexit.

Kegagalan mencapai kesepakatan akan menghambat hubungan perdagangan pada masa hadapan dan ia akan meningkatkan kebimbangan pasaran kewangan kerana ia dapat mengganggu rantaian bekalan ketika dunia berusaha mengatasi kos ekonomi yang besar dari pandemik COVID-19.

Waktu inilah waktu untuk kedua-dua belah pihak berusaha sedaya upaya untuk capai perjanjian. Selepas ini kemungkinan besar tidak ada tempoh lanjutan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat