Kesengsaraan Berleluasa! Huobi Korea Belakangi Huobi Global!

196

“Masalah datang sekali gus, lepas ni apa pula yang melanda Huobi?”

Pengasas Huobi Global, Justin Sun yang sedang berada dalam kemelut berikutan ‘pendarahan’ pasaran mata wang kripto kini menerima tekanan lagi apabila Huobi Korea Selatan berhasrat memutuskan hubungan dengan syarikat induknya.

Laporan turut menyebut bahawa Huobi Korea bersedia untuk menukar nama syarikatnya dan mencari jalan melaksanakan perniagaannya sendiri.

Sementara kebanyakan warga Korea pula ingin mendapatkan semula saham yang dilaburkannya dalam Huobi Global.

Menurut Cho Kook-bong, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Huobi Korea sanggup beli seluruh saham syarikatnya walaupun pengasas Huobi Global, Leon Li memegang lebih 50% saham tersebut.

Difahamkan, kejadian berikut telah terjadi semasa Huobi melangsungkan proof of reserves (PoR) dan tidak dilupakan juga krisis FTX yang menggegarkan pasaran kripto sehingga kini.

Terdahulu, Sun bertindak memberhentikan sekitar 20% pekerjanya di Huobi untuk mengukuhkan kembali kewangan syarikat mereka walaupun sepanjang tiga bulan lalu pengguna Huobi mencatatkan peningkatan sehingga 20,000.

Secara rekod, harga Huobi Token (HT) junam sebanyak 25% sepanjang 30 hari lalu namun berjaya menyaksikan lonjakan sekitar 3% pada paras $5.00 dalam tempoh 24 jam lalu.

Setakat penulisan ini harga HT menyusut semula hampir 10% pada zon $4.85 manakala volum dagangannya pula gelincir 23%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat