Kesuraman Prospek Permintaan Buat Pelabur Minyak Resah

306

Pelabur minyak di awal minggu bermula dengan kekecewaaan berikutan penyusutan harga komoditi yang terkesan oleh bacaan data kurang memberangsangkan dari pengguna terbesar minyak dunia, China.

Niaga hadapan minyak mentah Brent jatuh lebih 1.3% pada awal sesi Eropah dengan diniagakan pada harga $69.65 setong. Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula susut lebih 1.4% kepada $67.20 setong.

Keluaran kilang dan penjualan runcit di China menunjukkan pertumbuhan yang perlahan pada bulan Julai, ketika negara itu berdepan dengan ancaman kebangkitan semula wabak coronavirus.

Pengetatan beberapa langkah sekatan baru-baru ini disebabkan gelombang baru wabak Covid-19 dilihat menjadi faktor utama kepada data yang mengecewakan dari pengimport minyak terkemuka di dunia itu.

Selain itu, pemprosesan minyak mentah China pada bulan lalu juga jatuh ke tahap terendah sejak Mei 2020, ketika kilang penapisan minyak bebas mengurangkan pengeluaran di tengah kuota yang lebih ketat, peningkatan inventori dan penurunan keuntungan.

Harga minyak telah berada di bawah tekanan sejak minggu lalu, lebih-lebih lagi selepas Agensi Tengaa Anatarabangsa (IEA) mengeluarkan unjuran menyuramkan bahawa permintaan mungkin akan meningkat pada kadar lebih perlahan pada suku akhir tahun ini.

Ini susulan pembalikan tren meningkat yang dilihat pada bulan Julai berikutan penularan varian Delta yang semakin meluas secara global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat