Ketahui Nasib Komoditi Ini Menjelang Hujung Minggu

253

Harga minyak sedikit susut pada sesi Asia, tetapi kekal didagangkan di sekitar paras tertinggi 3 tahun susulan peningkatan yang dicatatkan pada sesi sebelumnya.

Laporan inventori minyak mentah Amerika Syarikat oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA), menurun sebanyak 5.08 juta tong pada minggu lalu.

Ini menyokong bacaan yang direkodkan oleh Institut Petroleum Amerika (API) yang sebelum ini melaporkan penurunan sebanyak 5.36 juta tong.

Hal ini menguatkan lagi keyakinan pasaran bahawa permintaan bahan bakar di AS semakin pulih dari kemelesetan akibat pandemik.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent sedikit susut dengan didagangkan di sekitar harga $71 setong, sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula diniagakan stabil pada $68.50 setong.

Kedua-dua penanda aras tersebut sebelum ini mencecah paras ketinggian tahunan terbaru pada Khamis, di mana Brent meningkat paling tinggi sejak Mei 2019, manakala WTI AS tertinggi sejak Oktober 2018.

Penyusutan yang dicatatkan ini mungkin disebabkan para pelabur yang membuat pengambilan untung ketika pasaran menuju penghujung minggu.

Bagaimanapun, sentimen dalam pasaran minyak semakin positif, lebih-lebih lagi selepas OPEC+ mengatakan bahawa permintaan minyak akan melebihi penawaran pada separuh kedua tahun 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat