Ketahui Sentimen Semasa Pasaran Minyak Menuju Hujung Minggu

300

Harga minyak berada di landasan untuk kerugian mingguan di tengah ketidakpastian mengenai bekalan global yang didorong oleh kegagalan dalam perbincangan OPEC+ mengenai dasar pengeluaran.

Perpecahan antara anggota OPEC+ dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), yang menentang rancangan untuk melanjutkan pemotongan pengeluaran, adalah sebab utama di sebalik kegagalan perbincangan tersebut.

Bagaimanapun, penurunan lanjut dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat telah menyokong dagangan minyak daripada jatuh lebih rendah.

Pada sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent stabil di sekitar harga $74.34 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula sedikit meningkat pada $73.30 setong.

Stok minyak mentah dan petrol AS jatuh dan permintaan petrol mencapai paras tertinggi sejak 2019, kata Pentadbiran Maklumat Tenaga AS (EIA) pada hari Khamis, yang menandakan peningkatan kekuatan dalam permintaan bahan bakar.

Inventori minyak mentah turun sebanyak 6.9 juta tong pada minggu lalu kepada 445.5 juta tong, iaitu tahap paling rendah sejak Februari 2020, dan melebihi jangkaan pasaran untuk penurunan sebanyak 4 juta tong.

Stok petrol pula dlaporkan menurun sebanyak 6.1 juta tong, melebihi jangkaan untuk pengurangan sebanyak 2.2 juta tong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat