Ketegangan di Iraq-Kurdish, Harga Minyak Mentah Meningkat

102

Harga minyak mentah ditutup pada paras 2 minggu tinggi pada hari Jumaat berikutan ketidaktentuan geopolitik di Timur Tengah yang telah menyebabkan terdapat perubahan dan pengurangan dalam pengeluaran minyak. Hal ini terjadi apabila Presiden Donald Trump menolak untuk mengesahkan perjanjian nuklear dengan Iran .

Iran merupakan ahli OPEC dan antara pengeluar minyak utama di Timur Tengah. Penolakan pengesahan perjanjian nuklear Iran 2015 oleh Trump telah menyebabkan risiko perniagaan minyak di Timur Tengah semakin tinggi.

Dalam pada masa yang sama, para pelabur juga memberi perhatian kepada perkembangan referendum kemerdekaan Kurdish daripada Iraq yang berlaku pada bulan lepas. Hal ini disebabkan respon retorik yang keras daripada penentang telah mengganggu saluran minyak mentah yang membekalkan 500,000-600,000 tong setiap hari.

Selain itu, kejatuhan pengeluaran minyak mentah U.S turut mempengaruhi pasaran minyak pada minggu lepas.

Pada sesi Asia hari ini, harga pasaran hadapan minyak mentah WTI meningkat 42 sen atau 0.82% pada harga $51.87 setakat pukul 10.15 pagi. Sementara itu, harga minyak Brent di pasaran hadapan juga menunjukkan peningkatan sebanyak 1.10% kepada $57.81 setong, merupakan harga tertinggi dalam tempoh 2 minggu.

Berikut merupakan peristiwa yang berpotensi mempengaruhi pasaran pada minggu ini.

1. Laporan mingguan pengeluaran minyak U.S (Selasa, 17 Oktober).
2. Laporan inventori minyak dan minyak petrol oleh Energy Information Administration (EIA) (Rabu, 18 Oktober).
3. Laporan pengeluaran gas asli oleh kerajaan U.S (Khamis, 19 Oktober).
4. Laporan mingguan pelantar minyak U.S oleh Baker Hughes (Jumaat, 20 Oktober).

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat