Ketegangan Geopolitik di dalam Pasaran Memberi Ruang Kebangkitan Buat Yen!

87

Ketegangan geopolitik dan tindakan berhati-hati oleh pelabur menjelang sidang kemuncak pertemuan China dan AS menyebabkan US Dollar terpaksa berundur daripada tahap tertinggi berbanding matawang utama yang lain.

US Dollar Index yang mengukur matawang utama berbanding enam matawang utama menyusut sebanyak 0.15 peratus kepada 100.410.

Semalam, index ini telah meningkat ke tahap tertinggi dalam tempoh tiga minggu apabila laporan pekerjaan sektor swasta ADP dikeluarkan positif.

Namun begitu, matawang itu agak goyah selepas Fed membacakan minit mesyuarat dengan nada yang agak hawkish apabila kebanyakan pegawai Fed merasakan bahawa bank pusat perlu memotong hampir $4.5 Billion kunci kira-kira (balance sheet) pada akhir tahun ini.

Menurut Shusuke Yamada, ahli strategi kanan di Bank of America Merrill Lynch, kandungan minit mesyuarat Fed sepatutnya memberi sokongan buat US Dolllar. Namun begitu, ia telah memberi tindak balas yang berlawanan apabila ekuiti telah bergerak secara negatif kepada minit dan hasil perbendaharaan.

Saham Wall Street juga telah tergelincir pada hari Rabu.

Yamada manambah lagi, risiko geopolitik juga merupakan salah satu faktor yang telah memberi tekanan buat US Dollar setelah pasaran mula menilai perkembangan terkini berkaitan dengan isu Korea Utara disamping memikirkan implikasi terhadap pertemuan AS-China.

Dengan suasana pasaran yang agak berisiko, Yen dilihat dilihat mendapat permintaan sebagai status matawang safe-haven.

Dollar menjunam sebanyak 0.3 peratus kepada 110.390 Yen dengan mendadak dalam sesi ini.

Dalam masa yang sama, Euro dan Pound menunjukkan lonjakan masing-masing sebanyak 0.2 dan 0.1 peratus.

10 Mitos Forex Trading Yang Ramai Orang Tersalah Anggap

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat