Ketegangan Geopolitik Jadi Faktor Utama Kemerosotan Ekuiti

164

Krisis Amerika Syarikat (AS)-China terus menjadi perhatian utama pasaran sehingga membuatkan aset safe-haven meraih momentum tatkala ekuiti mengalami sesi dagangan kurang menentu.

Tindakan Speaker Dewan Rakyat AS, Nancy Pelosi yang berkeras melawat Taipei, Taiwan sungguhpun diberi amaran keras oleh kerajaan China telah mencetus ketegangan hubungan geopolitik antara 2 negara tersebut.

Selain itu, laporan Jabatan Buruh AS pula menyaksikan bilangan tawaran pekerjaan menurun 5.4% pada Jun yang mengisyaratkan pasaran pekerjaan semakin rendah di sebalik latar belakang permintaan yang lemah.

Diperjelaskan lagi bahawa permintaan lemah untuk pekerjaan menandakan gaji yang rendah, dan penganalisis mengunjurkan laporan pertumbuhan pendapatan per jam menurun 0.2% berbanding catatan 4.9% bulan lalu.

Rentetan itu Dow Jones Industrial jatuh 1.23% pada 32,396.17, S&P 500 hilang 0.67% pada 4,091.19 dan Nasdaq Composite turun 0.16% pada 12,348.76.

Indeks STOXX 600 pan-Eropah hilang 0.32% dan tolok MSCI saham seluruh dunia susut 0.93%.

Saham pasaran pesat membangun jatuh 1.25% sementara indeks meluas MSCI saham Asia-Pasifik luar Jepun ditutup rendah 1.26% manakala Nikkei hilang 1.42%.

Aliran mata wang memperlihatkan dolar mengembalikan keuntungan berbanding sejumlah lain dengan  indeks greenback mengukuh 0.79% sementara Euro turun 0.93% pada $1.0166  manakala Yen Jepun mengukuh 1.12% pada $133.33.

Dalam pada itu, hasil Perbendaharaan AS turut mencanak dalam sesi dagangan tidak menentu pasaran.

Penanda aras nota 10 tahun jatuh 43/32 dalam harga kepada hasil 2.761% dari 2.605% sementara bon 30 tahun susut 3/4 dalam harga kepada 3.02685 dari 2.925%.

Bagi komoditi, harga minyak dilihat meningkat menjelang mesyuarat OPEC+ pada minggu ini yang mungkin berlaku penambahan bekalan minyak mentah global di sebalik permintaan yang kurang.

Minyak mentah AS naik 0.56% pada $94.42 sementara minyak mentah Brent lonjak 0.51% pada $100.54.

Aset emas pula menerbalikkan keuntungan lepas apabila spot emas turun 0.6% pada $1,761.29 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat